Foto

Majlis Pelancaran Projek Transformasi Amanah (ProAmanah)

Bersama pimpinan Parti Amanah Negara semua peringkat dalam Majlis Pelancaran Projek Transformasi Amanah (ProAmanah) oleh YB Presiden, DS Mohamad Sabu petang tadi di Seksyen 7, Shah Alam.

Amanah bersedia melakukan transformasi bagi menghadapi fasa seterusnya dalam perjalanan politik, menjadi sebuah parti yang lebih kukuh, mampan dan diterima sebagai pilihan utama rakyat di Malaysia.

Transformasi ini bertujuan mencipta lonjakan baharu menuju masa depan yang lebih gemilang


Lepas Sidang Dewan Rakyat di Parlimen petang semalam, terus memecut ke Sungai Bakap. Tiba di Kpg Sungai Buaya, Nibong Tebal. Ceramah atas pentas Perpaduan.

Kenapa pilih Calon PH, Cikgu Joohari?

- pilih calon lebih lebih berilmu & lebih berpengalaman

- pilih wakil rakyat yang nak berkhidmat, bukan nak tukar kerajaan

- kerajaan negeri tetap Kerajaan Perpaduan, terbukti integriti dan berpengalaman.

- pilih calon yang seiring dengan Kerajaan Negeri, lebih berkesan beri perkhidmatan

- pilih calon yang bersama dengan Kerajaan Persekutuan, mudah laksana pembangunan


Malam tadi di Padang Bolasepak Arena KL, sekali lagi menyarung jersey Parlimen Malaysia dalam 'friendly' menentang Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam (NRES) diketuai YB Menteri, Nik Nazmi.

Kapten Parlimen Malaysia, YB Subang menjaringkan gol tercantik. Layak dicalonkan menerima anugerah FIFA Puskas Award


Prosiding Multi-Lane Fast Flow (MLFF) KKM 

Dewan Rakyat ditangguh jam 5.30 ptg tadi tetapi tidak bagi Anggota PAC. Seusai sesi Prosiding Multi-Lane Fast Flow (MLFF) KKM , kami teruskan pula dengan sesi verifikasi. 

Berbuka puasa bersama ahli kariah Surau Kg Bukit Kuda dan bertarawih di Masjid Kampung Kuantan, Klang.

Klang? Ya, walaupun di bawah Pentadbiran Pej Daerah Klang Dan Majlis Bandar Diraja Klang namun ia di bawah Parlimen Shah Alam. Kawasan ini sering saya kunjungi melalui pelbagai program Komuniti dan ziarah peduli.

1/4/2024


Solat Jumaat di Surau Nurul Hidayah, Taman Batu 3. Alhamdulillah, ketemu Ustaz Roslan Mohamad yang dijemput menyampaikan tazkirah sebelum khutbah.

Seusai solat Jumaat, saya dan staf Pusat Khidmat ziarah dan santuni empat buah keluarga di Taman Batu 3 yang kehilangan insan tersayang baru² ini. Moga mereka bersabar dengan takdir dan tabah hadapi ujian.


Majlis Khatam Perdana anjuran Angkatan Wanita Amanah Shah Alam (AWAN) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dan MPP Zon 3. 

Menyantuni penerima sumbangan Jom Shopping Aidil Fitri oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu 3 di Pasaraya Giant Kota Kemuning. 

Bertarawikh di Surau At Taqwa Seksyen 7, 

Iftar MPP Zon 3. Hidangan nasi pilau masakan Hj Azlan Jan & keluarga. Memang ngam.